Isnin, 9 November 2009

Sistem Perancangan Dalam Talian **e-Takwim**

e-Takwim merupakan sebuah sistem yang dibangunkan untuk membantu pihak pengurusan IPG membuat perancangan tahunan pada setiap tahun. Menurut keperluan MS ISO 9001:2000, tiga bulan sebelum bermula tahun yang berikutnya, pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu menyediakan perancangan aktiviti dan jawatankuasa-jawatankuasa. Oleh itu sistem ini dapat membantu pihak pengurusan IPG menyediakan perancangan tahunan dengan lebih cepat dan mudah. Sebelum sistem ini diperkenalkan, masa yang diambil untuk mnyediakan takwim dan jawatankuasa adalah selama sebulan, tetapi dengan perlaksanaan sistem ini masa yang diambil lebih cepat. Sistem ini terdiri dari dua modul utama iaitu Modul Takwim dan Modul Jawatankuasa.
Modul Jawatankuasa adalah senarai nama ahli jawatankuasa yang dicalonkan oleh ketua-ketua Jabatan. Setiap ketua jabatan akan mencalonkan nama-nama pensyarah dalam satu-satu jawatankuasa melalui web. Sistem akan memaparkan nama jawatankuasa dan analisis bilangan jawatankuasa yang diduduki setiap pensyarah

IPG Kampus Ipoh mempunyai jumlah kakitangan keseluruhan menghampiri jumlah 350 orang. Bilangan jabatan dan unit adalah sebanyak 21 buah. Manakala bilangan jawatankuasa yang dibentuk menghampiri 90 jawatankuasa. Dengan jumlah kaktitangan, jabatan dan jawatankuasa yang dinyatakan tadi, bebanan penyediaan takwin dan senarai ahli jawatankuasa, amat berat dan merumitkan. Oleh itu dengan pengenalan sistem ini, taburan aktiviti dan jawatan kepada kakitangan dapat dibuat secara sama rata dan adil mengikut keperluan.

Modul Takwim adalah berkaitan dengan kalendar perancangan aktiviti setiap jabatan di IPG. Ketua-ketua jabatan akan memasukkan aktiviti yang dirancang melalui web ke server. Sistem akan menjanakan kalender aktiviti bagi keseluruhan IPG Ipoh untuk dijadikan rujukan dalam bentuk kalender dan laporan